Annyeonghaseyo ![]() Hi, Assalamualaikum. This blog have 2 owner. AIN and IMRAN. Thank you for visit my ordinary blog. Do visit again, okay? ![]() Peminat Kami Tagboard ![]() ![]() ![]() ![]() Credits
Big Help : K I M Nice View:Google Chrome Owner: Your Name
| Sempena My Birthday
Thursday, 23 May 2013 • 1:56 am • 0 comments Hai, hai, hai semua! Lama aku tak update blog kan? Sorry buat anda semua tertunggu-tunggu post aku. Ada ke yang sudi tengok? Haha! Sebenarnya dah lama aku nak update blog. Tapi asyik busy dengan kerja je. Maklumlah tengah cuti sem kan? Cari duit la. Apa lagi. Untuk sara diri kat kolej nanti. Story banyak. Tapi aku nak cerita tentang hari ni. Peristiwa yang lepas tu, nantilah aku ceritakan pada korang semua ye? Hari ni 22/5/2013. Hari ni hari kelahiranku yang ke-19. Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di dunia ni. Hari ni aku cuti kerja. Sebab?? Sebab aku nak keluar dengan buah hati aku. Kami dah janji nak keluar. Maklumlah aku susah nak keluar. Alang-alang nak ambik sijil SPM kat sekolah. Bila dah ada peluang keluar, apa lagi. Peluang dah ada depan mata, kena gunakan peluang tu. Peluang cuma ada sekali sahaja. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Aku keluar rumah dalam jam 9.15 am. Cadang nak ambik sijil SPM pagi tu. Tapi aku seganlah. Buah hati aku kata, dia ada suprise nak tunjuk. You want know? What is this? Ok. 9.15 am my lover sampai ke rumah aku dengan bawak kereta kancil berwarna coklat kehitaman. Cantik warna tu. Bila dalam perjalanan, my lover kata, "nilah suprisenya." Aku blur. Mana? Dia ulang, ulang dan ulang kata-kata dia tadi. Last-last dia kata, "kereta ni." Aku macam tak percaya. Aku pandang dia. Dia faham pandangan aku tu. Dia kata, "Bukak la tu, tengok isi dalamnya." Bila aku bukak, ok memang betul dia beli kereta tu. Dia cerita pada aku macam mana dia boleh beli kereta tu. Dia kata, "Sorrylah. Cuma ni je yang abang mampu beli." Tak apa la abang. Sayang tak kisah pun kereta besar ke, kereta kecik ke, asalkan kita boleh naik. Bila dah nak sampai Lambor, tiba-tiba tak jadi pergi ambik sijil. Kami ambik petang la. Segan dengan cikgu-cikgu. Jadi kami bertolak ke Ipoh. Sampai Ipoh dalam pukul 10.30 pagi. Destinasi petama kami ke Ipoh Parade. Cadang nak ke KFC. Ye la, kalau makan kat kedai makan ni, nanti aku tak habis makan. Bila masuk je dalam Ipoh Parade tu, banyak kedai tak bukak lagi. Aku tertanya-tanya. 'Hari ni hari apa? Kenapa banyak kedai tak bukak lagi? Cuti ke apa?' Confiuse aku. Jadi last-last takde tempat nak makan, foodcourt pun tak bukak. Kami makan kat kedai depan Ipoh Parade tu. Kedai makan apa entah. Lupa pulak aku nak tengok nama kedai tu. Lepas je makan, kami terus ke panggung wayang. Nak beli tiket. Dalam banyak-banyak cerita kat situ, ada 2 cerita pilihan kami. Iron Man dengan Star Trek into Darkness. Last-last kami pilih cerita Star Trek into Darkness. Lepas beli tiket, kami terus ke tempat bowling. Haha. Lawan bowling. Akhirnya sapa menang? Of course Imran. Buah hati aku tu. Dia 90. Aku 80. Lepas je main boling jam dah 12.15pm, kami terus gerak ke panggung wayang. Tiket 12.15pm. Cerita tu best. Aku sampai nangis-nangis tengok cerita tu. Touching bebenor. Hihi. Kami tengok sampai jam 2.30 petang. Kami terus gerak balik. Dah solat zohor, kami gerak ke sekolah nak ambik sijil SPM. Kebetulan kelas bakal adik ipar aku ada kelas tambahan. Masa aku pergi pejabat, sempat lagi dia masuk dalam kereta makan pop corn and minum air pepsi. Sempat lagi tu. Haha. Tak mengapa. Masa nak masuk pejabat tu, terserempak cikgu pengawas pusat sumber, Cikgu Fatimah. Salam and sembang la sekejap. Kejap je lagipun dia nak balik. Lepas je ambik sijil, jam baru pukul 5.05pm. Kami gerak ke Lumut. My lover nak makan ABC. Tepat jam 6.00 pm kami gerak balik. Ye la, janji nak balik 6.30 petang. Tapi tak sempat. Masa jam 6.35pm aku tertanya-tanya, 'Kenapa mama, abang cik tak call aku? Selalunya call, tanya bila nak balik." Aku tunggu, dan tunggu. Tepat jam 6.50pm mama call. Panjang umur. Mama tanya bila nak balik? Aku cakap on the way. Memang time tu nak balik dah. Cuma jauh je kan? Sampai rumah tepat 7.00pm. Aku tengok motor abang cik. Ok line clear. Abang cik tak de. Aku cepat-cepat masuk kawasan rumah. Ye la sebelum abangcik balik. Baik aku masuk dulu. Ketuk pintu banyak kali. Tak de sape bukak. Tub, tub abang cik bukak. *TelanAirLiur* 'Mampuslah aku!' Abang cik tak marah. Dia just cakap, "Auuu. Ingat kamu balik. Ingatkan tak ingat nak balik. " Aku terus masuk rumah. Tertanya-tanya. 'Kenapa abang cik tak marah? Selalunya dia marah.' Pelik. Aku pun buat bodoh. Dengan tak mandi lagi, tiba-tiba mama masuk bilik. Bersembanglah dengan mama. Kebetulan abang cik nak keluar. Aku tanya mama, "Abang cik tak marah ke? Papa tak marah ke?" Mama cakap, "Tak. Pagi tadi abang cik ngan papa tanya,'Ain mana Ain? Dari pagi tak nampak.' Mama kata, Im ambik tadi kat rumah. Nak pergi sekolah. Ambik sijil SPM terus pergi makan KFC, main bowling, tengok wayang. Hari ni birthday dia. Abang cik ngan papa diam je." Okay. Mama bukak kotak hadiah yang my lover bagi. Aku tengok ada 2 helai baju t-shirt, keychain, dan gambar potret yang my lover sendiri lukis. Thanks abang. Sayang hargai semua ni. Jam 9 lebih, aku edit picture. Picture aku ngan my lover la. Gambar kami sikit je. Maklumlah. Sapa nak ambikkan? Takde bodyguard nak tolong ambikkan gambar. Tengah-tengah syok edit gambar, tiba-tiba abang cik masuk bilik aku bagi bungkusan ayam Marrybrown dengan henset Iphone 4 dengan cover Iphone dia baru beli. Hati aku happy sangat-sangat. Bertuahnya birthday aku kali ni. Alhamdulillah. Ayam tu aku makan 1 ketul je. Kenyang. Petang tadi dah makan ABC ngan my lover. Yang lebih tu, mama suruh simpan. Esok hangatkan dalam ovan.
AinNiami
|
0 Comments:
Post a Comment